Perihal E-Proses

E-proses adalah sistem automasi pusat sumber sekolah yang berharga murah, tapi mudah digunakan dan mempunyai pelbagai kemudahan malah lebih daripada yang ada pada sistem automasi pusat sumber lain yang ada di pasaran. Sistem ini amat stabil sehingga ada sekolah yang terus menggunakannya sehingga 10 tahun tanpa menghadapi sebarang masalah. Sistem ini tidak mempunyai tarikh luput dan boleh dipasang dipelbagai pc untuk memudahkan dan mempercepatkan pengisian maklumat.
Aplikasi ini dijual pada harga murah untuk membolehkan sekolah - sekolah yang tidak mempunyai ramai pelajar dapat menggunakan sistem automasi pusat sumber unuk menguruskan stok buku dan sirkulasi pinjaman. Banyak sekolah luar bandar yang kapasiti pelajar cuma dalam lingkungan tidak sampai 200 orang telah menggunakan sistem ini tanpa menghadapi sebarang masalah.

Khidmat selepas jualan yang baik menjadikan sistem ini banyak diperkatakan oleh kebanyakan guru pusat sumber sekolah.

Setakat ini belum lagi terdapat sebarang rungutan tentang penggunaan sistem ini. Jika komputer sekolah mengalami masalah seperti kena format akibat serangan virus,hilang ataupun rosak,bolehlah memasang sendiri dengan cd pemasangan yang diberikan.

Guru boleh mempelajari sistem ini melalui tunjuk ajar melalui telefon sahaja. Semua paparan dalam Bahasa Malaysia dan mesra pengguna.

E-Proses ver 12.0 telah dicipta oleh En Zulkifli Abu Bakar ( Easy System Supply ). Telah mula digunakan di kebanyakan sekolah di Negeri Kedah sejak tahun 2004. Sistem ini stabil,mudah digunakan dan boleh di pasang lebih dari 1 pc. Data boleh digabung antara pc untuk mempercepatkan proses pendaftaran buku memandangkan jumlah buku pusat sumber sekolah yang banyak.
Untuk rekod pendaftaran pelajar, sistem ini boleh import maklumat pelajar dari SMM ( Sistem Maklumat Murid ) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada sekolah - sekolah.


Sistem ini boleh mencetak kodbar buku,kad pelajar yang mempunyai kod bar dan semua kod bar tersebut boleh diimbas menggunakan mesin pengimbas kod bar. Selepas pengisian,stok buku pusat sumber disediakan secara automatik.


Sistem ini tidak mempunyai tarikh luput dan pihak sekolah tidak perlu risau tentang had penggunaan masa. Sistem ini tidak mempunyai had bilangan buku yang boleh diisi,anda boleh isi seberapa banyak buku.


Sistem ini telah digunakan oleh Pusat Sumber Terbaik Negeri Kedah,SMK Convent Alor Setar, SK Haji Hassan Itam dan juga SK Hutan Kampong ( Naib Johan PSS Terbaik Peringkat Kebangsaan )
Harga untuk sistem ini ialah RM1250.00 ( TANPA KOS PEMASANGAN DAN LATIHAN )

Sebarang pertanyaan:
Zulkifli Abu Bakar
0195606066
Email:zulsystem@yahoo.com

No comments:

Post a Comment